Tuesday, April 15, 2014

5 Cara Tiru Rambut Vintaj Justin Timberlake!


Lihat saja bintang "Suit and Tie" ini menggayakan rambut asalnya kerinting menjadi gaya vintaj kegilaan ramai. Inilah peluang anda yang berambut kerinting bergaya dengan potongan rambut vintaj sempena menyambut tahun baru. Dari dulu sehingga sekarang, gaya rambut ini sentiasa 'IN'!

Apa yang anda perlu ada?
Pengering rambut
Sikat bulat
Penyembur rambut
Pomade
1. Basuh rambut
Basuh rambut untuk elak rambut kotor dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

2. Sembur dan bahagi dua bahagian
Keringkan rambut menggunakan tuala. Kemudian sembur rambut dengan penyembur tebal rambut dan sikat rambut untuk dibahagi kepada dua bahagian.

3. Kering dan lurus
Untuk rambut bahagian belakang, keringkan dari depan ke bawah. Bagi bahagian atas, mulakan kering dari garis rambut dengan menarik rambut ke atas menggunakan sikat bulat dan keringkan dari atas.

4. Menyikat rambut
Jika anda mahu rambut ke arah kiri, tarik rambut  dengan sikat bulat dan kering menggunakan pengering rambut. Kaedah ini penting adalah untuk elak kelembapan rambut dan membuat rambut jadi lurus.

5. Bentukkan rambut
Setelah rambut anda betul-betul kering, gunakan pomade untuk menyuburkan folikel rambut naik dan mulakan membentuk rambut.

Sumber Maskulin

No comments:

Post a Comment

Labels